Dulu mase aku sorang2 je, adik x de lagi, ape yang aku nak
semua dapat. Ice cream sampai dua kt tangan, meleleh2 ice cream tu. Mama ngan
abah angin je. Tapi sayang punye pasal bagi jugak. Dari kecik dah di ajar
makan jangan berbunyi sebab nampak buruk atau tidak mudah di senangi. Bile
mandi hujan janganlah kau balik lepas hujan sebab confirm mama dah tunggu kt depan pintu
dengan hanger. Bape kali ponteng mengaji sbb nak main robot ngan kawan last2
kantoi ngan mama. Haaaa semalamam kene skolah errkkk. Aku ni pandai jaga barang
mainan. Bukan macam angah, dapat kereta control hari ni 1 jam pastu barai. Pastu
melalak2 nak kereta control aku. Mmg x dapat laa bro. Dulu aku ni pantang tgk bende kecik2. Mase kt rumah atok ade bunge kecik2 comel2, aku pun hayun sini, cabut sane, baling merata xseda tibe2 termasuk pulak dalam hidung. Mengamuk atok aku kt bunge tu. Habis segala bunge kecik2 yg ade kt umah tu die humban keluar. Sehari semalam aku kt hospital. Umah aku satu bilik je. Semua
sumbat dalam tu. Mama abah aku angah fatin sufi shasha. Bilik 4m x 4m boleh sumbat macam sardin. Lagi2 bila abah pasang aircond, mmg xde lah yg nak tido lua. Tapi
walupun sempit tapi kami selesa, Alhamdulillah semua dapat tidur. Bangun pagi
masuk toilet sambil kencing pun boleh tertido, yelah kol 5 pgi bangun, bas
sampai kol 6, nak smayang lagi nak mandi nak siap2 kang terlepas bas kesian
abah kene hanta sorang2 naik moto die. Muke ketat je pagi2 bile anta kitorang. Tapi
ketat2 muke abah tu pun, die tarik tangan anak die suruh peluk die kt atas moto
tu. Sesungguhnye walaupun kecil tindakan die tapi aku tahu sayang die xpernah
kurang kat kami. Mase mama meniaga nasik lemak kt tepi jalan mmg seronok. Kami dapat
makan nasi lemak pagi2 ^_^. Balik skolah tugas aku sblum mandi basuh bekas2 nasi lemak, kuih-muih. sbb esok mama nak beniage lg. Sambal kalau masak jgn letak sepah2, shasha ni budak yg pelik. kecik dulu die suke main sambal. Senyap2 tau2 dah kt dapur, berterabur sambal. Haa tangan mama makan die. Dulu2 seterika baju kt bawah, bentang kain pelikat due tige lapis untuk sterika baju. Yg si fatin pulak rajin merayap, ha sampai beparut tangan kene seterika, sampai lah skrg ni x ilang2. Sufi ni die slow sikit. Dulu2 debab asip tido je. Jarang sikit la buat hal. Tapi kepale pernah berparut sbb angah terjatuhkan dumbbell kt kepale die. Masuk sekolah menengah aku naik basikal pergi
sekolah. Firstday hari ujan jalan lecak, habis seluar kuning, ah pergi jelah sekolah. Second day kene kejar anjing mase naik
basikal. Bapak laju anjing tu suwey btol. Nasib baik ade org naik moto halau
die pergi. Mama ckap along tunggu angah, kalau aku tunggu die, stiap hari lah aku
kene berdiri kt depan perhimpunan. Lembab betol die tuu. Kawan2 die dari ramai
yg tunggu die nak jalan sama2 kesekolah, sorang2 blah. Sbagai seorang pengerusi pengawas
surau aku berhak menjaga dan mengemaskini surau sekolah. Stiap pagi kene
arrange wakil pengawas surau baca doa. Ketua pengawas surau, alahmak memang macholah. Berbaju hijau pucuk pisang berslua hitam, mmg kene baik jelah selalu. Xpe, lua skolah boleh jadi taiko. Kalau ade spot check rambut mmg aku ngan angah ade. rambut kerinting mmg x leh nak sorok. Same2 lah kene gunting, tapi kitorg balik gelak je. aku ni bangun lambat tapi yg akhir skali tidoq sbb setiap malam sebelum tidur akan pastikan pintu di kunci, tingkap di tutup, lampu di matikan simpan segala pisau bagai dalam almari supaya x nak terjadi perkara yg tidak di ingini. Mama start buat catering aku yg tolong. Susah payah hina caci maki aku yg tau. Dengki dajal jahat org pun aku juga pun tahu. Sabar dan tenang doa x pernah berkurang aku yg nampak segala perit yg mama aku lalui. Mama aku slalu pesan trademark die " masak lah sesuatu itu seperti kita yg akan menjamahnya" insyaallah berkat itu akan ada. Sampai kini aku bersyukur sebanyak2nya di hidupkan dalam keluarga ini. banyak yg aku belajar dan di didik menjadi seorang yg lebih sempurna. supaya aku boleh menggunakan nya untuk kehidupan aku sendiri nanti. kan Tim Zara :). Seronoknya kehidupan yang sedikit pun tidak rasa kepahitan dan tetap menghasilkan banyak kenangan. Cukup lah sekadar kebahagiaan yg Allah anugerahkan dan bersyukur atas nikmat yg diberi kerana itulah hidup aku sebelum ini.