Monday, March 17, 2014

Bagaimana Teknologi Mengesan Kemungkinan Kedudukan Terakhir Penerbangan MH370 Pesawat Boeing 777-200ER

Pernahkah anda terfikir bagaimana maklumat dan data-data dari pesawat boleh di temui? Pernahkah juga anda terfikir maklumat apakah yang dihantar dari dan kepada pesawat? Dan sistem apakah yang digunakan untuk mengesan pesawat semasa berada di ruang angkasa and semasa di darat? Semuanya saya akan terangkan sebentar lagi supaya anda semua akan faham dan lebih mengerti bagaimana teknologi masih lagi dapat mengesan pesawat walaupun telah hilang dari di kesan oleh radar. Info ini tertarik minat saya kerana kisah sedih yang telah kita semua tahu, kehilangan pesawat dari syarikat penerbangan Malaysia (MAS Airlines) penerbangan MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kronologi penerbangan MH370...

Sedikit tentang apa yang berlaku. Penerbangan MH370 di jadualkan berlepas dari Kuala Lumpur International Airport pada 8 Mac 2014 jam 00:41 (waktu tempatan) dan sepatutnya di jangka tiba di Beijing pada jam 06:30 (waktu tempatan). Sewaktu pesawat sedang berada di udara pada kedudukan 35000 kaki dan sedang bergerak pada kelajuan 471 knot (872 km/j), seluruh komunikasi dan hubungan daripada pesawat telah terhenti pada 8 Mac 2014 jam 01:30 (waktu tempatan) di kedudukan  55′15″N 103°34′43″E . Pesawat juga sepatutnya menghantar isyarat dan hubungan kepada kawalan trafik udara di Ho Chi Minh semasa memasuki ruang udara negara Vietnam selepas pesawat dikatakan telah hilang daripada radar. Tiada sebarang amaran yang dikeluarkan daripada kru dan juga sistem pesawat yang memberi sebarang indikasi terhadap keadaan cuaca mahupun masalah teknikal sebelum pesawat tersebut hilang dari dikesan oleh radar. 

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang situasi dan kisah seterusnya yang terjadi pada penerbangan MH370 atau siasatan yang dijalankan mahupun spekualasi yang tersebar kerana iyanya diluar dari bidang kuasa saya. Apa yang saya mahu anda semua tahu dalam cerita kali ini adalah bagaimana pesawat Boeing model 777-200ER masih boleh dikesan walaupun telah terhenti komunikasi dengan kawalan trafik udara.

Kefahaman terhadap sistem hubungan dalam pesawat...

Terlalu banyak kekeliruan terhadap aspek komunikasi satelit daripada kisah MH370 yang saya harap dapat saya kongsikan bersama kepada anda semua. Sistem komunikasi satelit adalah maklumat terbaru yang dapat di ungkap dan di kupas berkenaan dengan kehilangan MH370 yang menyatakan bahawa pesawat mungkin masih berlegar diudara untuk jangka masa lebih dari 7 jam dan mungkin telah berada beribu-ribu kilometer jauh dari kedudukan terakhir dikesan radar. Bagaimana maklumat ini masih dapat diketahui adalah kerana teknologi dari sistem pesawat tersebut yang tetap menghantar isyarat walaupun sistem komunikasi pesawat disekat ataupun di matikan. 

Terdapat dua jenis sistem komunikasi keluar masuk yang dapat diterima oleh pesawat Boeing 777-200ER iaitu transponder radar (SQUAWKS) dan juga komunikasi satelit (PINGS). Kedua-dua sistem ini memberi dan menerima maklumat yang berbeza. 

Transponder radar adalah satu alat yang menghasilkan dan menghantar signal daripada pesawat yang lebih kuat kepada radar penerima signal. Ia juga  mengunakan konsep seperti kelawar yang mengunakan pantulan suara untuk mengetahui kedudukan sebagai contoh radar kawalan didarat menghantar signal kepada pesawat dan pesawat memantulkan balik isyarat kepada radar kawalan di darat. Apa yang menarik adalah transponder yang menerima isyarat daripada radar kawalan bukan sahaja memantulkan isyarat malah menguatkan lagi isyarat dan juga membawa maklumat tambahan daripada pesawat. Itu yang membolehkan radar kawalan mudah untuk menerima isyarat daripada pesawat. Jika transponder radar pesawat ditutup, apa yang berlaku adalah sukar bagi radar kawalan biasa yang kurang sensitif untuk menerima isyarat daripada pesawat akan tetapi radar kawalan tentera yang lebih peka masih boleh menerima signal yang di pantukan dari badan pesawat tersebut.

Sistem Komunikasi satelit pula adalah satu sistem yang mempunyai konsep sama dengan network internet di telefon bimbit. Pesawat boeing 777 mengunakan data service daripada Inmersat sebagai network penghubung. Dengan adanya network service daripada Inmarsat, Pilot akan mengunakan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) untuk berhubung dengan menara kawalan melalui network data service. Sebagai contoh bayangkan data service daripada Inmersat adalah line internet telefon dan ACARS pula adalah applikasi Instagram. Walaupun applikasi Instagram ditutup atau pun sign out, ianya tiada kaitan dengan network telefon. Network telefon tetap akan bersambung dengan telefon bimbit selagi mana ianya masih aktif atau selagi bateri masih ada. Begitu jugalah dengan pesawat. Walaupun ACARS telah dimatikan, selagi pesawat masih terbang dan engin masih berfungsi, selagi itu Ssatelit Inmersat boleh menghantar maklumat melalui network data service terus kepada terminal pada pesawat sehingga boleh dikesan oleh satelit. Jadi walaupun transponder dan ACARS telah dimatikan, Inmarsat service akan tetap memberi tahu bahawa connection kepada terminal pesawat masih ada dan berdasarkan maklumat tersebutlah pesawat dikesan dan sedikit sebanyak mengecilkan kebarangkalian dan kemungkinan dimana lokasi terakhir pesawat MH370

Setelah pesawat berlepas hanya dua sistem inilah yang menjadi jalan perhubungan utama antara pesawat dan menara kawalan. Berdasarkan maklumat dari kedua-dua system inilah yang memfokuskan lagi misi mencari pesawat  MH370 yang hilang 8 mac lalu. Dengan apa yang telah saya terangkan ini moga anda semua lebih memahami bagaimana sistem perhubungan utama pesawat berfungsi dan bagaimana ianya boleh menjadi bahan rujukan utama keatas siasatan yang dilakukan terhadap MH370. 

Kita telah tahu apa yang menyebab kan pesawat MH370 masih dapat kesan setelah transponder ditutup, iaitu berdasarkan maklumat daripada Inmersat. Jadi persoalan nya disini, apakah Inmarsat cukup hebat untuk mengesan lokasi sebenar pesawat? Mari saya ceritakan sedikit bagaimana Inmersat dapat mengesan kedudukan terakhir pesawat MH370.

Terminal yang terdapat dalam MH370 adalah dari jenis Swift64 salah satu dari keluaran SwiftBroadband yang tidaklah dikatan terlalu lama mahupun baru. Swift64 menghasilkan pancaran global untuk menerima network connection dan data daripada satelit Inmersat. Akan tetapi agak sukar untuk menentukan kedudukan sesebuah pesawat mengunakan pancaran global berbanding pancaran serantau (pancaran tertumpu pada kawasan tertentu). Ada dua cara untuk menentukan kedudukan sesebuah pesawat dalam ruang lilitan pancaran global yang besar iaitu melalui masa yang di ambil untuk signal menghantar isyarat ke Inmersat dan keupayaan isyarat yang dihantar dari pesawat. Andai cukup maklumat dari kedua-dua signal ini, Inmersat dapat menganggarkan sudut dari mana datangnya signal tersebut dan menghasilkan satu lilitan bulat mengenai kedudukan terakhir MH370. Maka berdasarkan maklumat tersebut dan jumlah anggaran bahan bakar yang mampu mengerakkan pesawat, wujud dua lengkungan tersebut (lilitan titik hijau) dimana kemungkinan kedudukan terakhir pesawat MH370 seperti gambaran di bawah.

Kawasan carian baru untuk mengesan MH370 - Sumber The Malaysia Insider

Walau apa pun marilah kita sama-sama mendoakan keselamat mereka semua dan berharap pesawat akan dijumpai sesegera mungkin. Jangan lupa akan amalan seharian kita kepada Allah semoga kita terhindar dari segala malapetaka dan kesesatan. #PrayforMH370

Sumber:


The Malaysian Insider - 
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/understanding-satellite-pings-tim-farrar


Yahoo News - 
http://my.news.yahoo.com/investigators-figured-where-mh370-possibly-064121488.html